Saturday, July 23, 2011

Resepi Kentang Putar

Bahan - bahan sos :

650 ml air
5 sudu besar stok ayam -brand maggi dalam botol / kiub ayam pun boleh, hancurkan kiub dan sukat
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat

Cara - cara membuat sos :

Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

Untuk kentang putar :
Rebus kentang hingga betul2 lembut dan empuk. Lenyek hingga halus, masukkan sedilit susu segar dan mentega. Kacau sebati dan bentukkan bulat, tuang sos atas kentang.

No comments: