Friday, May 25, 2012

For our friend..


 Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku masih lagi bernafas dan boleh meng-update blog aku ni walaupun dah berbulan sunyi sepi tanpa sebarang entri. Hmm, entri kali ini sangat menyentuh perasaan aku sendiri. 

Sejujurnya aku nak memulakan hidup baru. Aku suka dengan hidup aku sekarang. Yang dulunya hati aku sentiasa tak tenteram. Selalu nak terasa. Sedih lah. Rasa bersalah lah. Apa apa lah. Even sekarang pun masih lagi rasa bersalah.. Tapi overall, hati aku mula tenang bila aku pilih jalan ini yang akan membawa aku ke akhirat nanti. Alhamdulillah aku bersyukur! :D Terima kasih Allah kerana membuka hati aku yang aku tahu adanya titik-titik hitam yang banyak. Aku akan berusaha memadam titik-titik hitam tu! Doakan aku ya. Amin. :)

Di kesempatan ini, aku nak memohon maaf sangat-sangat kepada sesiapa di antara kamu tersinggung, termakan hati,  terasa,  termenyampah dengan kata-kata dan perbuatan aku selama ini.  Sesungguhnya keampunan hanya diterima oleh orang yang kita buat jahat kepadanya sahaja. Aku minta maaf sangat-sangat! mintak dijauhkan perbuatan keji ini berulang lagi kepadaku. Amin..

Dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari hamba-Nya ini.. Maafkan aku sahabat.. Aku pasrah dan redha. Keampunan kamu terhadapku hanya Allah yang boleh balas. Semoga Allah merahmati hidup kamu semua. Amin :)

Sekian.

No comments: